Kekalahan skuad Harimau Malaya dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 baru-baru ini telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada peminat bola sepak tempatan.

Malaysia gagal mencapai sasaran untuk layak ke Piala Asia 2023 secara automatik setelah dibelasah 0-4 oleh UAE dan tewas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi kedua yang berlangsung pada hari jumaat lepas.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) turut melontarkan pandangannya mengenai prestasi pasukan kebangsaan.

Menurut kenyataan di laman instagramnya, TMJ kali ini sedia menawarkan khidmatnya untuk membantu meningkatkan prestasi skuad Harimau Malaya dengan menyediakan fasiliti serta jurulatih yang terbaik.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya menguruskan pasukan kebangsaan. Saya akan sediakan fasiliti latihan dan jurulatih yang terbaik.

“Saya tidak janjikan kejayaan segera tetapi saya memberi jaminan akan peningkatan skuad kebangsaan,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.

photo_2021-06-14_18-40-22

Selain itu, TMJ turut menjelaskan sebab-sebab mengapa pemain JDT tidak ‘perform’ dalam skuad kebangsaan walaupun mereka berjaya membantu kelab memenangi 17 piala dalam saingan Liga Domestik.

“Jawapannya ialah kepimpinan. Contoh, selepas 17 piala, pemain JDT bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus. Bagaimana?

“Awak mahu tahu apa perkara pertama yang saya lakukan di JDT? Saya kawal semua ‘access’ dalam pasukan. Dari media, wartawan, syarikat dan juga pemain dalam penggunaan media sosial supaya mereka akan lebih fokus kepada kerja masing-masing,” jelasnya.

WhatsApp Image 2021-06-14 at 6.48.48 PM (1)

Malah, TMJ juga menyifatkan panggilan ke kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini ibarat pergi ke kem percutian musim panas dan sistem tersebut mesti diubah supaya pemain lebih fokus dalam meningkatkan prestasi masing-masing.

“Hari ini tugasan skuad kebangsaan bukan lagi misi atau tugas penting bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem ini mesti diubah.

“Lepas ni naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Pemilihan pemain naturalisasi akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan untuk mengenalpasti adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita,” tegas TMJ.

WhatsApp Image 2021-06-14 at 6.48.48 PM (2)

Selepas 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, tiga pemain naturalisasi negara iaitu Guilherme De Paula, Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi masih gagal mempamerkan persembahan seperti yang diharapkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Saingan Liga Super Kembali Bersambung Pada 24 Julai

Penyokong Setuju Cadangan Wajibkan Pengambilan Vaksin Sebagai Syarat Utama Masuk Ke Stadium

Selangor Bawa Masuk Seorang Lagi Pemain Import Pinjaman Daripada Kelab Accra Lions

Bryan See Ucap Terima Kasih Kepada PDRM