Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam ruangan komen sebuah laman sosial Instagram yang memuat naik sebuah video penyokong pasukan Selangor menyanyikan lagu untuk pemain-pemain mereka, TMJ telah meninggalkan satu komen yang mungkin membuatkan ada pihak ‘panas’ membacanya.

Komen itu kemudiannya telah dipaparkan dalam ruangan Instagram Story TMJ sendiri.

“Setuju. Tetapi itu dulu.”

“Dengan management sekarang, ada susah sikit. Dengan management lama King of Malaya, management baru bawah Izhar Moslim, King of Alasan dan halusinasi.”

“Kalau setakat upgrade fasiliti sikit, jual baju dan buat video, Real Chukai FC pun boleh. Lebih baik beri balik kepada Dato’ MB.”

“Duit pun datang daripada dia. Lebih baik dia handle daripada kroni Izhar. At least dia dah pegang satu piala untuk Selangor 2015 (Piala Malaysia).”

Itulah komen yang dilihat TMJ memberikan maklum balas kepada satu post dengan caption “Selangor tetap King of Malaya” di laman sosial Instagram hari ini.

Sehingga artikel ini ditulis sudah hampir 1,500 likes dan 100 reply kepada komen TMJ itu dari para peminat bola sepak Malaysia dimana pelbagai maklum balas diberikan.

Pastinya komen TMJ ini bakal menghangatkan lagi emosi penyokong-penyokong Selangor khususnya terutama apabila pasukan bimbingan Karsten Neitzel gagal mara ke peringkat separuh akhir saingan TM Piala Malaysia 2021 selepas kalah kepada Kuala Lumpur City beberapa hari yang lalu.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

CEO Kedah FA Nasihat Alistair Edward Semak Semua Fail Kes, Kedah FA Ada Hak Pampasan Akhyar Rashid

Video ‘Pitch Invasion’ Penyokong Kuala Lumpur City Selepas Kalahkan Selangor Bakal Mengundang Padah

500kg Beras Kerteh FC Berjaya Dijual Dalam Tempoh 1 Hari Selepas Pelancaran, Memang Laku Keras!

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group