Walaupun Stadium Sultan Ibrahim sudah memiliki permukaan padang yang terbaik berkualiti tinggi di Malaysia serta antara yang terbaik di Asia Tenggara, pemilik pasukan JDT masih mahu mempertingkatkan lagi kualiti ke tahap lebih baik.

TMJ seperti yang kita ketahui mahukan hanya yang terbaik di JDT dan padang adalah antara penambahbaikan yang dilakukan menjelang musim 2021.

Dengan penambahbaikan yang sentiasa dilakukan atau disebut sebagai ‘continuous improvement‘, tidak mustahil Stadium Sultan Ibrahim ini akan menjadi satu venue yang tersohor di Asia apatah lagi dengan aksi konsisten dalam saingan AFC Champions League bakal membawa nama Malaysia dengan lebih meluas terutama dalam industri bola sepak.

Stadium Sultan Ibrahim juga sedang dalam proses melengkapkan ‘Fans Area‘ dan mencantikkan lagi kawasan-kawasan di stadium yang serba canggih ini dilihat bukan sahaja mampu menarik minat penyokong ke stadium tetapi bakal menjadi satu tourist spot baru di negeri Johor itu sendiri.

Tahniah JDT! Luaskan kuasamu!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Netizen Thai: Liga Malaysia Tidak Mencabar Untuk Diogo, JDT Mampu Juara Lagi Dengan Pemain Sedia Ada

Samuel Somerville: “Rasa Bertuah Sertai Pasukan Yang Memiliki Mentaliti Juara Sejak Permulaan Liga.”

Kemasan Dalaman Bas BG Pathum United Ini Mirip Tempat Duduk Penerbangan ‘Business Class’