Prestasi kurang memberangsangkan pengadil Liga Malaysia baru-baru ini nyata menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, TMJ menggesa agar pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mempertimbangkan penggunaan Video Assistance Referre (VAR).

[caption id="attachment_64857" align="alignnone" width="591"]VAR Sumber Gambar: Instagram Story TMJ[/caption]

Pengadil perlawanan antara Perak menentang JDT, Noor Azriel Baharudin dilihat telah membuat beberapa keputusan yang dianggap merugikan kedua-dua pasukan pada aksi yang berlangsung di Ipoh itu.

Antara insiden yang gagal dikesan oleh Azrieal ialah kekasaran yang dilakukan terhadap Bergson Da Silva dan Arif Aiman dalam kawasan penalti Perak.

Selain itu, Azriel turut gagal mengesan kesalahan yang berlaku ketika gol kedua Perak dijaringkan oleh Guilherme De Paula pada separuh masa kedua.

https://twitter.com/mfl_my/status/1373641402945466371?s=21

Khidmat VAR yang terlebih dahulu digunakan di negara bola sepak maju seperti Eropah telah digunakan di saingan Thai League 1 bermula musim 2020/2021.

Selain itu, saingan J. League juga sudah mula menggunakan khidmat tersebut bagi meningkatkan lagi kualitu pengadilan di negara tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

https://www.vocketfc.com/prestasi-pengadil-liga-malaysia-berada-di-tahap-membimbangkan/

https://www.vocketfc.com/jaringan-penalti-leandro-velazquez-selamatkan-maruah-jdt-di-ipoh/

https://www.vocketfc.com/rekod-tanpa-kalah-terengganu-lebur-di-stadium-likas/