Dalam satu kemaskini terbaru laman sosial rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT), TMJ menjelaskan bahawa kebajikan pemain-pemain merupakan perkara paling penting dalam pasukan JDT sejak kelab itu ditubuhkan pada 2013.

“Gagal untuk membayar gaji adalah kegagalan paling besar seorang pemimpin.”

Menurut kemaskini itu juga, pasukan JDT tidak pernah mengalami sebarang isu berkaitan pembayaran gaji atau bonus kepada pemain-pemain, jurulatih dan juga staf lain sejak 7 tahun lalu.

JDT juga turut menyediakan fasiliti berkelas dunia dan boleh dikatakan yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Hasil dari semua itu telah berjaya membolehkan JDT meraih keputusan yang amat cemerlang dengan 15 trofi kejuaraan termasuk juara kejohanan AFC Cup serta juara Liga Super Malaysia 6 kali berturut-turut.

Selain itu, akademi JDT juga turut sama membuahkan hasil dengan beberapa trofi dalam 2 tahun terkini. Pandemik COVID-19 telah menguji kelab tetapi pemain-pemain, jurulatih, staf dan juga pihak pengurusan berjaya menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan ‘JDT Family’.

Para pemain, jurulatih dan staf juga bersetuju untuk menerima pemotongan gaji bagi membantu keadaan kewangan dan menderma sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Johor sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Kelab Singapura Ini Jual Beras Secara Online Melalui Lazada Dan Shopee, Saluran Pendapatan Untuk Operasi

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020

Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia