Sebuah akaun Twitter program radio berkaitan bola sepak di Austalia sebentar tadi telah mendedahkan bahawa pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sedang membantu kelab A-League iaitu Newscastle Jets dengan meminjamkan 2 orang pemain.

Dalam kemaskini Soccer Stoppage Time itu, 2 nama pemain JDT disebut akan dipinjamkan ke Newcastle Jets – Liridon Krasniqi dan Syahiran Abimanyu.

Apa yang menarik sebenarnya adalah ‘assisting’ dimana ia dijangka bakal menjadi persoalan utama apakah peranan TMJ dalam membantu kelab Newcastle Jets serta diramalkan akan membawa satu faedah besar kepada JDT sendiri akhirnya.

Berita ini pastinya akan menjadi bualan hangat di Malaysia dan Indonesia serta bakal menjadikan nama kedua-dua kelab JDT dan Newcastle Jets semakin melonjak dalam komuniti bola sepak Asia Tenggara.

Setakat ini masih belum ada sebarang kepastian atau pengesahan rasmi dari pihak TMJ atau JDT sendiri dan jika semuanya menjadi kenyataan, ia bakal menjadi menggemparkan ramai peminat-peminat bola sepak dirantau ini.

Newcastle Jets pada musim 2020, telah menamatkan saingan A-League ditempat ke 8 dari 11 pasukan bertanding.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”

Ranking Top 10 Kasut Bola Yang Dipakai Oleh Pemain Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Seluruh Jepun 2020

87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini