Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris mendedahkan faktor utama pembatalan saingan Piala Belia dan Piala Presiden.

Di satu temu bual khas dalam rancangan [email protected] bersama Hafizal Hamad dan Asmawi Bakiri, TMJ mendedahkan pembatalan bukan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi kerana permintaan daripada pasukan ekoran kekangan kewangan.

“Bukan FAM tetapi pembatalan adalah permintaan daripada pasukan kerana mahu berjimat dan tidak mahu membenarkan pemain muda beraksi,” katanya.

Sebelum ini, FAM mendapat kritikan hebat khususnya dari peminat bola sepak tanah air kerana membatalkan dua saingan yang melibatkan pemain muda negara.

Badan bola sepak negara itu dianggap tidak peka dengan perkembangan pemain muda sekaligus langkah yang diambil boleh menjejaskan pemain sekaligus menyebabkan masa depan bola sepak Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.

Akan tetapi, selepas pendedahan yang dilakukan oleh TMJ, maka kini sudah jelas pihak yang perlu dipersalahkan ialah ahli gabungan yang enggan untuk mengambil bahagian untuk beraksi dalam saingan edisi kali ini.

Sudah dua musim saingan Piala Belia dan Piala Presiden tidak dapat dijalankan dimana tahun lalu turut berdepan senario sama.

Selain pembatalan dua saingan ini, saingan Liga Futsal Premier (MPFL) turut tidak dapat dijalankan selepas mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan yang dimaksudkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

FAM Sahkan Keputusan Pengadil Layangkan Kad Merah Kepada Sharbinee Tepat

JDT Intai Peluang Untuk Juarai Piala Malaysia 2021

Syahrian Abimanyu Pemain Indonesia Pertama Juarai Liga Super

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group