Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berharap lebih banyak stadium canggih dapat dibina dalam negara kerana ianya bakal memberi sumbangan terhadap sukan bola sepak.

Baginda berkata demikian selepas mengulas mengenai kos pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu dimana kompleks tersebut menelan belanja sebanyak RM787 Juta.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram TMJ

“Walaubagaimanapun, saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baru bakal menjadi kenyataan dimana perkara itu boleh dibanggakan rakyat Selangor.

“Kami di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim pun tak sabar untuk beraksi di stadium tersebut. Saya harap lebih banyak stadium yang secanggih ini boleh dibangunkan kerana ia akan menjadi kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak,” kata TMJ.

Sebelum ini, TMJ berpendapat anggaran kos sebanyak RM700 juta lebih tidak logik kerana stadium tersebut dilengkapi dengan pelbagai teknologi tinggi.

“Stadium Sultan Ibrahim 400 juta lebih sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 billion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. 700 juta lebih tidak logik,” tulis baginda menerusi satu hantaran di laman instagram.

TMJ kemudiannya membandingkan Stadium Shah Alam dengan satu lagi kompleks sukan terkenal di rantau Asia Tenggara iaitu Singapore Sports Hub.

TMJ
TMJ

“Pertama, saiz plot [Singapore Sports Hub] adalah 35 hektar. Kedua, kos pembinaan [Singapore Sports Hub] adalah SGD1.3 billion ataupun RM4.2 billion.

“Ketiga, kos penjagaan setrahun adalah SGD68 juta [RM219 juta]. Keempat, ada bumbung mudah alih, padang kekal dan kawalan suhu.

“Kelima, kos untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta [PPP] dan pengambilalihan dianggarkan SGD2.3 billion [RM7.4 billion] pada 22 Ogos.

“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan penjagaan setinggi itu, bagaimana pula dengan stadium [Shah Alam] yang mempunyai teknologi yang lebih canggih [boleh] lebih murah?

“Ini adalah kos Singapore Sports Hub yang berkeluasan 35 hektar,bayangkan kos untuk projek berkeluasan 75 hektar.

“Kalau SNBJ [Stadium Nasional Bukit Jalil] pun kerajaan ‘Negara’ terkial kial nak jaga apatah lagi kerajaan negeri.”

“Dengan nama Allah SWT, saya tak cemburu. Saya hanya musykil dan tak suka rakyat terus diperbodohkan,” tambahnya.