TMJ dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh laman rasmi Johor Southern Tiger sebentar tadi menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah satu keputusan yang berat untuk diterima namun lebih memberikan keutamaan kepada kesihatan, keselamatan dan masa depan.

“Walaupun tindakan membatalkan kejohanan Piala Malaysia dan tidak membenarkan JDT untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC adalah satu keputusan yang berat untuk diterima, saya yakin kerajaan telah melakukannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes Covid-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.”

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman Covid-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.”

“Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko.”

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT sudahpun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

TERKINI: Pasukan JDT Tidak Dibenarkan Ke Doha Menyertai Kejohanan AFC Champions League.

2 Jaringan Bekas Penyerang JDT, Alhaji Kamara Bantu Sierra Leone Ikat Nigeria 4-4 Selepas Ketinggalan 4 Gol

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan