Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui Vissel Kobe sememangnya berada di kelas tersendiri setelah melihat kelabnya tewas kepada wakil dari saingan J. League itu semalam.

TMJ berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya dimana baginda turut menyatakan nasib tidak menyebelahi JDT pada perlawanan semalam.

TMJ

Sumber Gambar: Instagram TMJ

JDT tunduk dengan keputusan 5-1 dan nyata perbezaan kedua-dua pasukan bagaikan langit dan bumi dimana Vissel tampil dengan lebih bertenaga dan lebih baik dari segala aspek.

Ketua pasukan Vissel, Andres Iniesta menjadi duri dalam daging bagi juara Liga Super musim 2019 itu apabila menampilkan persembahan cemerlang dimana beliau menyumbang tiga assist kepada Keijiro Ogawa yang menjaringkan hatrik.

Dua lagi gol dijaringkan oleh Kyogo Furuhashi dan Douglas manakala gol tunggal JDT dijaringkan oleh pemain sayap, Safawi Rasid dimana beliau menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Johor Darul Ta’zim menentang Vissel Kobe di sini:

ACL 2020: Hantaran Maut Andres Iniesta Bantu Vissel Kobe Berpesta Gol Belasah JDT

Thomas Vermaelen Tegaskan Vissel Kobe Tidak Punya Sasaran Khusus Dalam ACL 2020

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group