Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini.

Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Saya mahu berehat sekejap mulai hari ini,” titah baginda.

Walaupun ditugaskan sebagai Pemangku Raja, namun Sultan Ibrahim turut bertitah mengumumkan Baginda berkenan supaya Tunku Mahkota Ismail terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT bagi memartabatkan sukan itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Minggu lalu, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan TMJ menyatakan hasrat untuk berundur diri daripada mengendalikan urusan berkenaan kelab gergasi tanah air itu.

Namun begitu, sekembalinya TMJ dalam JDT pasti mengembirakan para pemain dan jurulatih pasukan tersebut sekaligus memberikan semangat tambahan kepada mereka untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Kesediaan TMJ dalam merubah struktur bola sepak di Johor pada penghujung tahun 2012 menjadi saksi lahirnya sebuah pasukan yang pada ketika ini amat sukar digugat oleh pasukan lain dari segenap aspek termasuklah melibatkan kejayaan, fasiliti serta nilai komersial.

Dengan pengaruh besar dimiliki TMJ dalam membina legasi JDT hampir sedekad ini, sudah pasti buah fikiran dan nasihat baginda akan menjadi petunjuk kepada setiap langkah yang akan diambil oleh pengurusan tertinggi kelab.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Steven Rodriguez Tak Sabar Sarung Jersi Sri Pahang

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang