Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengajak peminat untuk memenuhkan Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan menentang Ulsan Hyundai dalam saingan AFC Champions League (ACL) Sabtu ini.

JDT berjaya menewaskan Guangzhou dengan keputusan 2-0 pada perlawanan keempat peringkat kumpulan I semalam sekaligus membolehkan mereka kembali merampas tangga pertama dari Ulsan namun hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Bergson da Silva menjadi wira pasukan apabila menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-16 dan masa kecederaan dimana dua jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan penalti.

Setelah mencatat kemenangan ke atas Guangzhou, aksi menentang wakil Korea Selatan itu menjadi misi wajib menang sekaligus penentu sama ada JDT bakal mara ke pusingan seterusnya buat pertama kali atau kandas di peringkat kumpulan.

Oleh itu, TMJ mengajak semua peminat untuk membanjiri Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini sekaligus memberi sokongan padu terhadap skuad bimbingan Benjamin Mora.

TMJ
Sumber Gambar: JST

“Bagi penuh stadium Sabtu ini. Kita akan berjuang sampai mati. Doa semoga kita cipta sejarah baru buat kelab dan Johor demi keluarga JDT. Mudah mudahan insha’allah,” komen Tunku Ismail di laman media sosial rasmi Instagram pasukan.

Ketika ini, satu lagi pasukan iaitu Kawasaki Frontale sedang mengekori rapat JDT dan Ulsan Hyundai dimana wakil Jepun itu menduduki sedang tangga ketiga dengan lapan mata.

Sekiranya berjaya menewaskan Ulsan pada perlawanan yang akak berlangsung pada jam 5 petang, maka juara bertahan itu akan layak ke peringkat seterusnya tanpa mengambil kira keputusan perlawanan antara Kawasaki yang akan turun menentang Guangzhou.

Akan tetapi, sekiranya JDT gagal untuk memperoleh tiga mata penuh dan Kawasaki berjaya menewaskan Guangzhou, maka Ulsan dan juara J1 itu yang akan mara ke peringkat seterusnya.

Setakat ini, JDT meraih tiga kemenangan, satu seri dan mengalami satu kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan I.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

ACL 2022: Dua Gol Penalti Bergson Bantu JDT Tundukkan Guangzhou FC

ACL 2022: Atasi Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai Lonjak Ke Tangga Teratas

Disajikan Pemandangan Indah, Bali United Bina Pusat Latihan Rasmi Di Tepi Pantai