Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau yang lebih mesra dipanggil TMJ mahu berjumpa dengan admin laman bola sepak serta belajar mengenai selok-belok sukan tersebut.

TMJ berkata demikian dimana beliau memberi komen mengenai satu laman di Instagram yang mengulas mengenai situasi semasa pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solkjaer yang ketika ini menerima kritikan serta diminta untuk meletak jawatan.

TMJ
TMJ

Tunku Ismail berkata beliau mahu berjumpa admin tersebut dimana beliau menilai mereka sangat pandai mengenai bola sepak bagaimana mengurus kelab, pasukan kebangsaan dan taktik serta apa yang bagus bagi seorang pemain bola sepak.

Malah TMJ turut melabel sesetengah admin mempunyai ilmu seperti beberapa pengurus terbaik di dunia seperti pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Selain itu, Tunku Ismail juga mahu perjumpaan tersebut diadakan secara langsung untuk tontonan peminat bola sepak tanah air.

Ole sememangnya berada dalam situasi sukar apatah lagi selepas Manchester United tewas kepada Leicester City dengan keputusan 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu.

Dalam satu bancian yang dilakukan oleh Marca, 87% daripada koresponden dilaporkan mahu Ole untuk segera berambus daripada jawatan pengurus mereka dan digantikan dengan pengurus lain yang lebih berwibawa.

Beliau didesak untuk meletak jawatan kerana dianggap sudah tidak lagi relevan untuk menguruskan kelab besar seperti United yang musim ini kembali diperkuatkan oleh pemain bintang iaitu Cristiano Ronaldo.

Dalam aksi EPL yang seterusnya, Manchester United akan menerima kunjungan seteru utama, Liverpool dan sekiranya Red Devils tewas pada perlawanan ini, besar kemungkinan Ole akan dipecat sebagai pengurus.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan perkembangan bola speak Eropah di sini:

Tiga Pemain JDT Digugurkan Dari Skuad B-22 Tahun Negara

Vieira Perit Terima Keputusan Seri Selepas Pemain Pamerkan DNA Palace Yang Baru

Tamatkan Kemarau Jaringan, Koeman Puji Aksi Phillipe Coutinho