Pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail ataupun TMJ menyatakan bahawa pihaknya sedang dalam perancangan untuk mewujudkan pasukan bola sepak wanita.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh TMJ menerusi Twitter rasmi miliknnya, sebagai respon kepada pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Siddhu.

Dipetik daripada portal Flash Sukan, Steffi berkata: “Kita tahu JDT adalah satu pasukan yang sangat profesional dan luar biasa.”

“Mungkin TMJ boleh menubuhkan pasukan bola sepak wanita pula dan kita akan berpeluang untuk meningkat selangkah demi selangkah.”

“Tahun ini kita lihat mereka sudah menubuhkan skuad futsal dan mungkin pada masa akan datang pasukan wanita pula dapat ditubuhkan oleh JDT,” tegas pemain itu.

TMJ memberikan respon kepada kenyataan tersebut dan menyatakan memang beliau dalam perancangan untuk mewujudkan pasukan wanita JDT.

TMJ menulis:

“Dalam perancangan.”

“Ada [tak] sesiapa yang nak bermain untuk pasukan wanita JDT,” tegas TMJ.

Sudah tentunya ini adalah isyarat jelas bahawa TMJ benar benar serius dalam perkara tersebut.

TMJ dikenali dengan sikapnya yang dedikasi beliau kepada sukan bola sepak. Baru baru ini, TMJ sudah mengorak langkah dalam membina pasukan futsal JDT.

Penubuhan pasukan wanita profesional JDT juga pasti akan dapat membantu meningkatkan lagi kualiti bola sepak wanita di tanah air ini.

JDT merupakan sebuah jenama bola sepak yang kukuh di Asia dan semakin dikenali di seluruh dunia.