Isu pengadil perlawanan diantara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam telah mencuri perhatian TMJ sebagai pemilik JDT dimana pengadil gagal mengawal perlawanan itu dengan baik.

Komen tersebut telah ditinggalkan oleh TMJ dilaman sosial rasmi Instagram Terengganu ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan tersebut atas cabaran yang diberikan.

“Tahniah Terengganu. Masa depan yang cerah buat Terengganu FC. Sikap prfesionalisme yang tinggi oleh kapten dan potensi yang tinggi oleh pemain muda. Bukan mudah untuk kami JDT.”

“Referee teruk dan tidak mengawal game dengan baik. Sepatutnya 1 atau 2 penalti untuk Terengganu dan kad merah untuk penyerang Terengganu yang melakukan tackle yang tinggi.”

“Apa pun, game sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Padang dan stadium first class. Tahniah dan terima kasih.”

IGTFC

Pengadil perlawanan itu Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim sebelum ini pernah cedera dibahagian mata apabila ditumbuk ketika berada dipintu masuk Hotel Seri Malaysia pada 19 Ogos 2014 selepas tamat perlawanan JDT bertemu pasukan ATM.

Dengan kemenangan itu semalam, JDT semakin mengukuhkan kedudukan dipersada liga dan memiliki kelebihan yang besar untuk terus muncul sebagai juara saingan CIMB Liga Super 2020 seterusnya meraih slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2021.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Nafuzi Zain Jelaskan Punca Ketiadaan Faris Ramli Dalam Senarai Skuad Terengganu Berdepan JDT

Pengadil Perlawanan Antara Terengganu Menentang JDT Cetus Kontroversi

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group