Susulan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai penundaan kejohanan TM Piala Malaysia 2020, telah menimbulkan banyak persoalan bukan sahaja dikalangan peminat bola sepak, tetapi juga kepada pasukan serta penganjur kejohanan sendiri.

Sekiranyan MFL mengambil pendekatan menangguhkan kejohanan ini seketika dan dilangsungkan selepas tempoh PKPB semasa tamat pada 6 Disember nanti, pasukan-pasukan yang terlibat pasti akan berdepan dengan beberapa masalah mengenai status pemain mereka.

Kebanyakan pemain-pemain ini mempunyai kontrak sehingga hujung bulan November sahaja dan jika kejohanan disambung pada bulan Disember, pasukan-pasukan yang terlibat tidak dapat menggunakan khidmat mereka lagi dan ini akan menimbulkan banyak isu dalam dan luar padang.

Selain itu, pihak MFL juga perlu memikirkan mekanisme yang berkesan bagaimana untuk mengatur pergerakan, logistik dan sebagainya untuk melangsungkan perlawanan itu nanti selain masalah-masalah lain yang pasti akan muncul.

Bagaimana Jika TM Piala Malaysia 2020 Dibatalkan Terus?

Semuanya terpulang kepada MFL sebagai badan penganjur kejohanan untuk membuat keputusan selaras dengan apa yang telah diputuskan diatas.

Dari pengamatan kami, bekemungkinan besar kejohanan TM Piala Malaysia 2020 akan dibatalkan terus bagi mengelakkan pelbagai isu serta mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Sekiranya dibatalkan, slot kejohanan AFC Cup 2021 pasti hanya akan berdasarkan kedudukan akhir dalam aksi saingan Liga Super 2020 dimana pasukan Kedah dan Terengganu bakal meraih slot ke peringkat kumpulan AFC Cup 2021 secara automatik.

Ini pastinya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan beberapa pasukan lain yang berpeluang untuk meraih 1 slot sekiranya muncul juara TM Piala Malaysia 2020.

Jadi, MFL perlu dengan segera membuat keputusan bagaimana mereka mahu mengendalikan perkara ini disamping cuba berlaku adil kepada semua pasukan yang sudah menempah tempat ke saingan suku akhir terutamanya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

8 Jenama Sukan Antarabangsa Berebut Hak Penajaan Kelengkapan Skuad Kebangsaan Thailand

Safawi Rasid Dalam Senarai Pemain Simpanan, Netizen Malaysia Teruja Menyaksikan Debut Berdepan FC Porto

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?