Kelab dari Belgium, KV Kortrijk hari ini mengumumkan kemasukan pemain baharu dari Jepun, Tsuyoshi Watanabe yang beraksi di posisi pertahanan tengah dengan kontrak selama 3 tahun setengah.

Watanabe juga merupakan pemain kedua dari Asia yang menyertai kelab tersebut selepas pemain Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin. Beliau juga merupakan antara tonggak utama FC Tokyo dan telah beraksi dalam 27 perlawanan J1 League musim ini.

Bagaimanapun, kontraknya dengan FC Tokyo yang tamat pada bulan Januari 2022 tidak dilanjutkan sekaligus memilih untuk mengembangkan karier di eropah bersama KV Kortrijk.

Tsuyoshi Watanabe ketika menjaringkan gol bersama FC Tokyo.  FOTO: Twitter/fctokyoofficial

Pemain yang berusia 24 tahun itu turut meminta maaf kepada para penyokong setia FC Tokyo kerana terpaksa meninggalkan pasukan tersebut yang disertainya sejak tahun 2018.

“Kali ini, saya putus untuk pindah ke KV Kortrijk di Belgium. Saya harap boleh bercakap di hadapan semua penyokong tetapi saya minta maaf.

“Saya berterima kasih kepada FC Tokyo. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan oleh para penyokong selama 3 tahun ini,” kata Tsuyoshi Watanabe dalam kenyataan rasmi.

KV Kortrijk kini menghuni kedudukan ke-8 daripada 18 pasukan dalam Liga Pro Belgian. Mereka kini sedang bercuti selama sebulan sempena musim sejuk sebelum bersambung semula pada 15 Januari 2022 menentang K.A.A. Gent.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim bersama KV Kortrijk yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini. 

Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Belasah KRC Harelbeke Dalam Aksi Pemanas Badan

Aksi Pra Musim Beri Pengalaman Berguna Kepada Luqman Hakim

Luqman Hakim Punyai ‘Chant’ Khas Dari Peminat KV Kortrijk