The Hornets sebelum ini dilihat semakin hampir pasti akan kekal di EPL sebaik sahaja mereka dibimbing pengurus baharu, Nigel Pearson yang memulakan tugasnya pada Disember.

Selain itu Watford juga bejaya mencipta kemenangan luar biasa 3-0 ke atas Liverpool dan menamatkan rekod tanpa kalah The Reds musim ini.

Namun malangnya, Nigel Pearson ternyata tak mampu untuk mempertahankan kerusinya di Watford.

Ini apabila beliau dipecat ketika berbaki dua perlawanan lagi, dalam tengah tengah Watford bergelut mahu kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Agak dramatik, kerana pemecatan itu dilakukan ketika Watford masih 3 mata di atas zon selamat.

Dan Watford melantik Hayden Mullins sebagai pengurus interim. Watford ada tugasan berat berdepan dengan Manchester City dan Arsenal selepas ini.

Pearson mengambil alih tugas pengurus pada Disember dan ketika itu Watford di dasar liga selepas hanya mengutip 8 mata daripada 15 perlawanan.

Walaupun berjaya membawa Watford keluar daripada 3 tercorot, bekas pengurus Leicester itu tetap tidak akan bersama pasukannya dalam baki minggu terakhir kempen.

Sebelum ini Watford telah memecat Quique Sanchez Flores dan menggantikkannya dengan Javi Garcia untuk musim ini.

Watford membuat kejuta dengan melantik Quique Sanchez Flores sekali lagi.

Tidak lama selepas itu Flores digantikan dengan Nigel Pearson pula.

Kenyataan daripada Vicarage Road semalam menyatakan: “Watford FC mengesahkan bahawa Nigel Pearson meninggalkan pasukan ini berkuat kuasa serta merta.”

“Hayden Mullins, dengan dibantu oleh Graham Stack akan menggalas tugas sebagai pengurus interim untuk mengendalikan pasukan dalam baki 2 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim2019/200.”

Sebagai rekod, Mullins sebelum ini menjadi pengurus pasukan Watford B-23 sejak 2016.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Ole Pertahan De Gea Dan Puji Karakter Pemainnya

3 Kesilapan Individu Musnah Impian Final United

‘Kami Berhak Dapat Trofi’ – David Luiz