Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pergaduhan diantara pemain Terengganu II dan Penang FC ketika perlawanan merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Perlawanan tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal setelah berlaku kekecohan dan pergaduhan beramai-ramai di tengah padang diantara pemain kedua-dua pasukan. Ketika itu, Terengganu II sedang mendahului dengan keputusan 1-0.

Menurut kenyataan rasmi Terengganu FC (TFC), pergaduhan itu bermula pada minit ke 45+3 selepas pemain berjersi 14 Penang (Endrick Dos Santos) gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Keadaan itu membuatkan para pemain Terengganu II meraikan kegagalan tersebut dan salah seorang pemain Terengganu FC II yang berjersi nombor 23 (Aqil Irfanuddin) turut meraikannya dihadapan pemain jersi 14 (Endrick Dos Santos) tanpa sebarang sentuhan dilakukan,” tulis kenyataan rasmi TFC.

Disebabkan tidak tahan dengan provokasi yang dilakukan oleh pemain Terengganu II, Endrick gagal kawal emosi lalu bertindak balas dengan menumbuk bahagian belakang Aqil Irfanuddin. Situasi ini mencetuskan kekecohan dan disusuli dengan pemain Penang FC berjersi nombor 9 melakukan terjahan ke atas bahagian belakang badan pemain Terengganu FC berjersi nombor 11 (Ridzuan Razali).

“Salah seorang pemain Terengganu FC II berjersi nombor 19 bertindak balas dengan turut melakukan terjahan ke atas pemain Penang FC berjersi nombor 9. Keadaan semakin tidak terkawal apabila berlaku pergelutan hampir kesemua pemain.

“Setelah hampir berjaya dileraikan, pemain Terengganu FC II yang dikejar 2 orang pemain Penang FC bertindak balas dengan mempertahankan diri secara spontan menumbuk muka pemain Penang FC berjersi nombor 28 dan keadaan tersebut menyebabkan berlaku pendarahan dibahagian hidung pemain tersebut.

“Pihak pegawai keselamatan, pegawai pasukan serta pegawai perlawanan seterusnya berjaya mengawal kekecohan yang berlaku dan perlawanan separuh masa pertama ditamatkan dan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan,” jelas kenyataan rasmi TFC.

Pergaduhan ala kungfu serta kejar-mengejar antara pemain kedua-dua pasukan yang menyaksikan pemain Terengganu  II, Ridzuan Razali berbalut di kepala kerana mengalami kecederaan manakala pemain Penang, Muhammad Adib Abdul Ra’op mengalami pendarahan pada bahagian hidung.

Pemain Terengganu II, Ridzuan Razali juga telah dihukum dengan dilayankan kad merah oleh pengadil perlawanan sebelum diteruskan separuh masa kedua.

Bagaimanapun, aksi separuh akhir kedua tidak dapat diteruskan kerana pasukan Penang FC tidak mahu meneruskan perlawanan dan terus meninggalkan bilik persalinan serta menaiki bas pasukan pulang ke hotel penginapan.

Disebabkan Penang FC menarik diri, Terengganu II diberikan kemenangan 3-0 dan dinobatkan sebagai juara Piala Menteri Besar Terengganu 2022.

VOCKET FC berharap agar semua pasukan Liga Malaysia mengekalkan semangat kesukanan dalam perlawanan bola sepak. Tolak pergaduhan dan keganasan kerana ia akan memberi imej yang buruk kepada pasukan itu sendiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022

Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”