Selangor kehilangan khidmat pemain pertahanan import mereka iaitu Tim Heubach selama empat hingga enam minggu ekoran kecederaan yang dialami oleh pemain dari Jerman ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Heubach mengalami darah beku di pangkal paha pada aksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) minggu lalu.

Perkara ini menyebabkan Heubach tidak terlibat pada aksi menentang Perak baru-baru ini dan tempat beliau diisi oleh Manuel Konrad yang sebelum ini beraksi bersama Selangor 2.

Heubach akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan pemain berusia 33 tahun ini akan berehat sekurang-kurangnya selama enam minggu sebelum kembali cergas untuk diturunkan.

Ketiadaan Tim Heubach bermaksud Konrad akan beraksi bersama pasukan utama untuk satu tempoh masa yang lebih lama dan beliau dilihat bakal memperkuatkan barisan tengah manakala seorang lagi pemain import, Safuwan Baharudin akan beraksi di posisi pertahanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nenad Bacina Kembali Bergabung Dengan Bojan Hodak Dalam Skuad Kuala Lumpur

Kurniawan Gembira Sabah Curi Satu Mata Penting Bertemu Penang

Hatrik Ifedayo Serikan Kebangkitan Selangor Atasi Perak