2 perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia kumpulan B ditempat sendiri sememangnya dinantikan oleh ramai penyokong bola sepak Vietnam yang ‘lapar bola’.

Mengikut jadual semasa, Vietnam akan menghadapi Jepun pada 11 November dan Arab Saudi pula pada 16 November 2021 di Hanoi.

Pada hari Rabu lalu, 27 Oktober 2021, tiket-tiket perlawanan mula dibuka untuk jualan secara online dan ada 4 harga jualan rasmi seperti dibawah;

  • Level 1 – VND1,200,000 atau RM220 sekeping.
  • Level 2 – VND900,000 atau RM164 sekeping.
  • Level 3 – VND700,000 atau RM127 sekeping.
  • Level 4 – VND500,000 atau RM91 sekeping.

Mengikut laporan yang diterbitkan oleh ZingNews pada Rabu lalu, tiket Vietnam paling mahal Stadium My Dinh berharga RM220 telah habis dijual dalam masa 5 minit sahaja!

Untuk tiket berharga VND900,000 atau RM164 pula sold-out dalam 10 minit, dan selepas 28 minit semua kuota tiket yang dijual secara online habis terjual.

Dalam artikel itu juga ada menyebut bahawa sekitar 10,000 keping tiket Vietnam dikeluarkan dan 70% daripadanya dijual secara online. Setiap pembeli hanya boleh membelli 2 keping tiket serta pengesahan kad identiti wajib disertakan.

Baki 30% lagi dikatakan untuk rakan-rakan penaja AFC serta penaja-penaja skuad Vietnam sendiri.

Kapasiti Stadium My Dinh adalah 40,192 tempat duduk, tetapi pihak kerajaan telah menetapkan bahawa penjualan tiket tidak boleh melebihi 30% kapasiti stadium berkenaan.

Beginilah keadaan para penyokong Vietnam yang mahu hadir memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan mereka dalam kempen terbaik pernah dipamerkan sehingga layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak automatik ke Piala Asia 2023.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Gagal Penuhi 3 Kriteria Perlesenan Kelab, Pasukan Tempat Ke-3 V.League 2021 Ini Terus ‘Bungkus’

VFF Lancarkan Projek Menghantar Pemain Muda Berlatih Di Jerman, Sasar Layak Ke Piala Dunia 2030

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier