Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia musim ini menjanjikan saingan yang sengit kerana 4 pasukan yang telah mara ke peringkat ini terdiri daripada pasukan yang menghuni kedudukan teratas dalam Liga Super 2019.

Juara Liga Super, JDT akan membuat penghitungan dengan Selangor manakala naib juara Liga Super, Pahang dijadualkan bertemu Kedah. Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada hari Sabtu (19 Oktober) manakala separuh akhir kedua pada minggu hadapan (26 Oktober).

Tiket bagi menyaksikan perlawanan di antara JDT menentang Selangor boleh mula dibeli di kaunter tiket Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mulai jam 9.00 pagi hari esok.

Para penyokong harimau selatan juga boleh membuat pembelian secara online, melalui laman web http://www.tickethotline.com.my dan juga mendapatkan tiket-tiket berkenaan di pejabat-pejabat daerah masing-masing sehari sebelum perlawanan.

Untuk penyokong Selangor, mereka juga boleh membeli tiket perlawanan melalui laman web https://selangor.tickethotline.com.my/ . Mereka yang mempunyai kad keahlian Red Giants boleh membeli tiket dengan harga RM12.60 yang jauh lebih murah daripada harga kaunter (RM15.00). Bagaimanapun, caj pemprosesan bank sebanyak RM2.60 dikenakan untuk setiap pembelian tiket.

Jualan tiket perlawanan Kedah menentang Pahang laris

Meskipun jualan secara fizikal belum dibuka secara rasmi, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan semua tiket yang diperuntukkan dalam talian sudah habis dijual sejak minggu lalu.

Tiket tersebut dijual melalui aplikasi beli belah dalam talian iaitu Shopee yang menawakan pembelian satu percuma satu berjumlah 3000 keping tiket. Ini bermakna 6,000 keping tiket telah berjaya terjual dalam masa yang singkat.

Shopee merupakan rakan penaja MFL yang telah mengadakan promosi penjualan tiket melalui laman atas talian sejak awal musim 2019 melibatkan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Malah, penjualan tiket di perkarangan Stadium Darul Aman pada hari esok dijangka mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penyokong tuan rumah. Harga tiket yang ditetapkan ialah RM15 (terbuka), RM30 (Astaka lama) dan RM40 (Astaka utama).

Bagi membalas jasa baik Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), KFA telah memperuntukkan 1000 tiket untuk penyokong skuad tok gajah dan mereka boleh membeli tiket tersebut di kaunter D yang berharga RM18 sekeping.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia yang mungkin anda terlepas pandang.

Tiada Pengadil Import Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Saingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019 Dijangka Lebih Sengit

Piala Malaysia 2019: Dollah Salleh Tak Pandang Rekod Pertemuan Lalu