Pengendali jualan tiket Liga Malaysia, Tickethotline mengesahkan tiket perlawanan Liga Super diantara Penang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari esok telah habis dijual dalam tempoh 15 minit.

Sebanyak 2000 tiket telah dijual mengikut zon yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, namun mereka terpaksa menjual balik 432 tiket kerana masalah transaksi yang ditolak oleh pihak bank.

Bagaimanapun, 432 tiket tersebut telah pun habis disambar oleh para peminat setia yang tidak sabar hadir untuk memberi sokongan padu sebelum saingan liga berehat panjang selama dua bulan.

“Pihak kami mendapati seramai 36,000 pengguna telah memasuki laman web Tickethotline serentak untuk membuat pembelian pada minit pertama jualan dibuka. Akibat dari itu, tiket-tiket telah habis dijual selepas 15 minit talian online dibuka.

“Setelah penjualan ditutup, pihak Tickethotline mendapati 432 transaksi tiket telah ditolak oleh pihak bank atas beberapa sebab-sebab tertentu. Atas sebab ini, Tickethotline membuka semula jualan untuk menghabiskan baki 432 tiket tersebut. Segala penjualan kepada pembeli dilakukan secara online dan telus.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa tiada penjualan yang dilakukan kepada pihak-pihak tertentu. Kesemua tiket dijual atas talian online sahaja,” kata kenyataan rasmi daripada Tickethotline.

Penang kini berada di kedudukan 4 Liga Super selepas mengutip 22 mata dalam 12 perlawanan manakala JDT kekal di takhta liga dengan 27 mata. Jika skuad Harimau Kumbang itu berjaya menewaskan JDT, mereka berpeluang memintas Terengganu untuk berada di tangga kedua.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

CEO Sri Pahang: Kiko Insa Tiada Kena-Mengena Dengan Perpindahan Manuel Hidalgo

Shahrel Fikri Alami Kecederaan “Fibula Fracture“, Bakal Terlepas Aksi Kelayakan Piala Dunia

CEO Berjaya Corporation Antara 9 Individu Yang Dipilih Menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden FAM