Tiket perlawanan persahabatan antarabangsa di antara skuad Harimau Malaya menentang Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos ini mula dijual secara dalam talian.

Perlawanan itu adalah sebahagian daripada persiapan skuad kendalian Tan Cheng Hoe bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 5 September dan UAE pada 10 September 2019.

Menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), harga tiket untuk tempat duduk terbuka ialah RM20.00 dan RM40.00 untuk kawasan tempat duduk grandstand. Manakala tiket untuk kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun berharga RM5.00.

69287923_2344763925620358_5239228977150689280_n

Para peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkan tiket di laman web www.tickethotline.com.my bermula hari ini hingga pada Khamis, 29 Ogos 2019. Bagaimanapun, FAM belum mengumumkan mengenai jualan secara fizikal di kaunter tiket.

Artikel lain berkaitan dengan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, baca di sini:

PSSI Sediakan 3000 Tiket Untuk Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Greg Nwokolo Yakin Indonesia Tewaskan Harimau Malaya Di Gelora Bung Karno

Datuk Hamidin Cabar Skuad Harimau Malaya Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022