Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru sahaja mengumumkan bahawa tiket bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Malaysia dan Indonesia telah pun habis dijual sepenuhnya secara online sebentar tadi.

Pihak FAM juga turut menyatakan bahawa tiada penjualan tiket akan dilakukan di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil kerana semua tiket dengan kapasiti 85,000 tempat duduk itu sudah habis terjual secara online.

Seperti dijangka, dengan kemenangan keatas pasukan Thailand tempoh hari, ramai penonton akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan sendiri ‘Derbi Nusantara’ yang sentiasa panas dengan pelbagai isu.

Namun, seperti amaran yang telah dikeluarkan oleh pihak FAM dan PDRM dalam artikel sebelum ini, para pemegang tiket tuan rumah adalah dilarang untuk menjual kembali tiket tersebut kepada penyokong pihak lawan untuk mengelakkan pelbagai masalah yang mungkin timbul pada hari perlawanan nanti.

Malaysia memburu 3 mata penuh dalam perlawanan tersebut untuk mencabar kedudukan pendahulu kumpulan G bagi merebut slot ke pusingan ke 3 Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

Komen Akira Nishino Selepas Malaysia Tumbangkan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Thailand Batal Sesi Latihan Pertama, Sewa Padang Latihan Sendiri Menjelang Perlawanan Bertemu Vietnam