Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat bola sepak tempatan kini sudah boleh memasuki stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing selepas setahun tidak dapat menghadiri perlawananan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Namun kali ini tiket perlawanan dijual secara ‘online’ (dalam talian) mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Para penyokong kini boleh mendapatkan tiket perlawanan melalui laman web tickethotline dan wajib membuat pendaftaran akaun untuk memudahkan urusan pembelian.

Berdasarkan tinjauan di laman web tersebut, tiket perlawanan yang melibatkan pasukan Selangor di Stadium MBPJ paling mahal sekali berharga RM30 dan mereka memberi keutamaan kepada pemegang pass bermusim 2020.

Manakala tiket perlawanan melibatkan pasukan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur paling murah setakat ini dan berharga RM13.60 termasuk caj pemprosesan. Namun begitu, Pahang memutuskan untuk menjual kepada 2128 orang penyokong walaupun berada dalam kawasan PKPP yang membenarkan kemasukan sehingga 8000 orang penonton.

Setiap penyokong akan dibahagikan tempat duduk mengikut zon di dalam stadium yang telah ditetapkan dan dipisahkan dengan jarak 1.5 meter.

tiket phg vs ganu

Harga tiket perlawanan Sri Pahang menentang Terengganu

tiket pj city vs kl city

Harga tiket perlawanan PJ City menentang KL City

tiket sabah vs jdt

Harga tiket perlawanan Sabah menentang JDT

tiket perak vs uitm

Harga tiket perlawanan Perak menentang UiTM

tiket melaka vs penang

Harga tiket perlawanan Melaka United menentang Penang.

Menurut terma dan syarat, satu MyKad/Passport hanya boleh mendaftar satu akaun sahaja.
Satu akaun hanya boleh membuat satu transaksi. Satu transaksi, hanya boleh membeli 2 keping tiket sahaja.

Sekiranya anda membeli dua tiket, anda hendaklah mengisi butiran pemilik tiket yang kedua. Had umur yang dibenarkan untuk masuk ke stadium adalah 12 tahun hingga 60 tahun. Perlu diingatkan, individu yang bergejala atau mengalami masalah kesihatan atau mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan hadir ke stadium.

160997368_5168032473269216_8500885311966145991_n

Grafik: MFL

Jika terdapat transaksi yang berjaya pada masa jualan telah mencapai kuota, transaksi pembeli akan dibatalkan dan pembeli akan dimaklumkan oleh Tickethotline serta wang pembeli akan dikembalikan.

Jika terdapat satu akaun memiliki dua atau lebih transaksi yang berjaya, Tickethotline hanya akan meluluskan satu transaksi sahaja.

Bagi transaksi yang berjaya, pembeli akan menerima, QR CODE/E-TICKET yang dihantar kepada emel atau ORDER HISTORY anda dalam masa satu hari bekerja.

Para penyokong juga wajib membawa Kad Pengenalan atau passport asli bersama tiket bagi tujuan pengesahan. Penonton yang tidak membawa kad pengenalan atau passport asli tidak dibenarkan masuk ke stadium.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Menteri Berpuas Hati Dengan Standard Protokol Pengurusan Penonton JDT

Sri Pahang Longlai Dilanyak Kedah Darul Aman

JDT Kembali Nikmati Kemenangan, Jadikan Melaka United ‘Mangsa’

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group