Mungkin tidak ramai tahu berkenaan penjualan tiket secara online bagi perlawanan bertemu Jordan malam ini telah pun ditutup tepat jam 11.59 malam tadi dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati masih terdapat ramai lagi penyokong Harimau Malaya yang terlepas pandang untuk membuat pembelian.

Memandangkan ini kali pertama FAM cuba memperkenalkan sistem penjualan tiket secara online 100%, difahamkan ada penyokong yang datang dari jauh tidak tahu dan tidak sempat untuk membeli tiket selepas tempoh penjualan secara online itu berakhir .

Demi untuk menghargai sokongan padu yang diberikan, penjualan tiket secara fizikal bagi perlawanan Malaysia lwn Jordan ini akan dibuka di kaunter tiket Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula jam 3.00 petang ini bagi membolehkan mereka yang masih belum membelinya untuk berbuat demikian.

Kaunter jualan tiket akan dibuka di Pintu A, Pintu B dan Pintu C bagi penyokong Harimau Malaya manakala Pintu E bagi penyokong Jordan.

peta tempat duduk stadium bukit jalil
Peta zon tempat duduk stadium nasional bukit jalil

Mungkin gambar diatas akan menjadi rujukan kepada penyokong yang hadir untuk mengetahui zon tempat duduk apabila membeli tiket nanti.

Artikel berkaitan dengan penjualan tiket perlawanan dibawah lebih mungkin lebih menarik untuk anda baca.

Harga Sebenar Tiket Penyokong Malaysia Di Stadium Utama Gelora Bung Karno Adalah RM116.75 Sekeping!

Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan Dikenakan Caj Sehingga 85.4% Lebih Tinggi Dari Harga Asal