Perlawanan antara Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT) tempoh hari menyaksikan Malaysian Football League (MFL) telah membuat satu pembaharuan dari segi harga tiket yang ditawarkan kepada penyokong kedua-dua pasukan. Vocket FC sempat menemuramah beberapa penyokong dari kedua-dua pasukan yang membeli pelbagai jenis tiket yang ditawarkan.

Beberapa kawasan diumumkan untuk dijual dengan harga RM150, RM100 dan RM80 mempunyai seksyen & nombor tempat duduk manakala tiket RM50 bebas memilih tempat duduk di kawasan yang ditetapkan.

Overview

Luqman Sani, penyokong JDT yang membeli tiket GA50 berpendapat sistem yang dibuat oleh JDT adalah sangat bagus, walaupun ketika beratur untuk masuk ke dalam stadium, tiada papan tanda yang jelas untuk menunjukkan tempat penyokong harus beratur.

“Cuma saya juga merasakan kawalan oleh petugas stadium adalah sangat longgar kerana keadaan hampir tidak terkawal ketika saya beratur di luar stadium tapi dari segi tempat duduk, saya rasa selesa,” tambah pemuda dari Johor itu.

Penyokong Kedah, Fathia Adanan yang membeli tiket GA50 pula ketika ditemuramah oleh Vocket FC merasakan tidak sukar untuk beliau mencari tempat duduk walaupun beliau hadir agak lewat ke stadium.

“Senang juga cari tempat duduk, saya mai pulak lewat sikit sebab bekerja sampai jam 4 petang tapi kira semuanya okay bagi saya sebab saya rasa tiada masalah,” ujar gadis yang berasal Sik yang sudah menetap di Kuala Lumpur hampir 6 tahun itu.

SNBJ
Pemandangan di perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.

Manakala pembeli tiket GA80 bersama lima ahli keluarganya, Shafrizal Halim pula mendedahkan kesukaran buat beliau untuk mencari tempat duduk bersama-sama keluarganya disebabkan nombor tempat duduk yang diberikan secara rawak.

“Patutnya MFL perlu bagi pembelian lebih dari 2 tiket untuk satu pembelian, kalau tiket bebas tak mengapa, tapi macam kami satu keluarga lima orang, terpaksa berpisah jauh,” ujar beliau yang kurang berpuashati dengan cara penjualan tiket pada kali ini.

Beliau yang berasal dari Alor Setar itu turut menambah dengan memberitahu ada limpahan penyokong GA50 Kedah yang turut masuk ke kawasan GA80 disebabkan kawalan sekuriti yang amat longgar menyebabkan ada ahli keluarga beliau yang terpaksa duduk di tangga.

Sofwan Zolkepli
Faeiz Shukri (kanan) ketika ditemubual oleh penulis.

Faeiz Shukri, pemuda dari Jitra, Kedah yang membeli tiket Premium 100 pada awal pagi Rabu lalu memberitahu kawasan mereka dikawal dengan baik malah tiada orang yang duduk di tempat mereka ketika beliau keluar sebentar untuk menunaikan solat Maghrib.

“Cuma, saya rasa pemandangan kami tak berapa lawa, terlampau dekat dengan padang, kami bayar mahal sedikit dengan harapan boleh duduk di kawasan yang boleh beri kami pemandangan penuh, sekuriti apa semua saya rasa okay sangat dah,” jelas beliau lagi.

Juan Budiman, seorang penyokong setia Johor Darul Takzim membeli tiket di kawasan Premium 150 pula menjelaskan dengan panjang lebar yang belia kagum dengan ticket scanner yang dipasang kekal di pagar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika beliau mula memasuki stadium, marshal meminta keratan tiket berbanding hanya kod bar atas talian seperti yang dimaklumkan oleh MFL, namun beliau bersedia dengan segala kemungkinan telahpun turut mencetak keratan tiket hardcopy.

Juan Budiman
Juan Budiman bersama rakan penyokong JDT yang lain.

“Setiap seksyen ada pagar tambahan untuk elakkan pemegang tiket GA50 untuk masuk ke dalam kawasan Premium 150, siap ada laluan khas lagi buat pemegang tiket Premium 150 sebelum masuk untuk melancarkan kemasukan ke dalam stadium cuma lori makanan di kawasan grandstand tiada, jadi saya kena ke kawasan GA50 untuk membeli makanan dan minuman,” tambah beliau lagi.

Juan mengakhiri dengan menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan pengalaman beliau di malam tersebut dengan menyatakan ianya hampir sama seperti di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Baca artikel lain mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di sini:

Aidil Sharin Puji Semangat Juang Pemain, Gesa Semua Pihak Hormati Keputusan Pengadil

Benjamin Mora: Diogo Miliki ‘Intelligence’, Syafiq Ahmad Pamer Aksi Terpuji Dipelbagai Posisi

Syafiq Ahmad: Ini Adalah Gol Pertama Saya Dalam Perlawanan Akhir, Rakam Penghargaan Untuk Rakan Sepasukan