Badan pentadbir Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL) mengesahkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah akan berlangsung pada 2 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Difahamkan 80,000 keping tiket perlawanan akan dijual dengan kuota yang sama rata diberikan kepada kedua-dua pasukan. Pasukan JDT dan Kedah diberikan sebanyak 25,860 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak.

SUMBER: MFL

Manakala baki 27,330 tiket akan dijual secara ‘online’ di laman web tickethotline.com.my mulai hari rabu ini (30 Oktober 2019). MFL bermula musim ini telah memperkenalkan sistem penjualan tiket mengikut nombor tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harga tiket yang dikenakan ialah sebanyak RM50 (Dewasa) untuk tempat duduk terbuka GA50, RM80 untuk tempat duduk terbuka GA80 serta RM5 untuk kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun.

Bagi yang mahu menikmati perlawanan di kawasan tempat duduk grandstand, mereka perlu membayar RM100 untuk Premium Stand dan RM150 untuk Premium Grandstand.

SUMBER: MFL

 

Had limit 2 keping tiket setiap transaksi

Perlu diingatkan harga jualan tiket yang dipaparkan dalam laman web tickethotline.com termasuk caj perkhidmatan dan servis dari vendor yang akan dikenakan untuk setiap pembelian tiket.

Para penyokong hanya boleh membeli 2 keping tiket untuk setiap transaksi.

photo_2019-10-28_17-13-17
SUMBER: MFL

Kedah dan JDT dijangka akan menjual tiket di kaunter Stadium Darul Aman dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada hari Khamis ini, 31 Oktober 2019 bermula jam 10.00 pagi.

Baca artikel menarik mengenai sistem penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mungkin anda terlepas pandang melalui pautan di bawah.

Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online

Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan Dikenakan Caj Sehingga 85.4% Lebih Tinggi Dari Harga Asal