Jualan tiket perlawanan bola sepak yang melibatkan Indonesia menentang juara Piala Dunia 2022, Argentina untuk aksi persahabatan antarabangsa FIFA pada 19 Jun ini mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat.

Menurut laporan CNN Indonesia, jualan tiket yang diperuntukkan sebanyak 60,000 keping untuk semua kategori telah habis dijual dalam masa 2 minit sejak semalam.

Walaupun harga mahal namun peminat fanatik Indonesia enggan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan iniĀ  kerana melibatkan barisan pemain terkemuka dunia.

Jualan tiket tersebut dibuka pada hari isnin lalu untuk semua pemegang kad Bank Rakyat Indonesia bermula dengan harga serendah RM185 (Rp600 ribu) sebelum dijual kepada peminat.

Bagaimanapun, ia tetap laku keras dan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan sehingga habis dijual dalam tempoh 12 minit.

Terdapat 4 jenis tiket merangkumi kategori 1, 2, 3 dan kategori VIP dengan kawasan tempat duduk yang berbeza. Berikut ialah harga tiket bagi setiap kategori tersebut:

  1. Kategori 1 – Rp2.5 juta (RM770)
  2. Kategori 2 – Rp1.2 juta (RM370)
  3. Kategori 3 – Rp600 ribu (RM185)
  4. Kategori VIP – Rp4.25 juta (RM1,300)

Menurut laporan media tempatan, PSSI mengeluarkan dana sebanyak 70 Billion Rupiah atau sekitar USD16 Juta bagi mengadakan perlawanan menentang pasukan dari benua Amerika Selatan itu.

Kos ini belum termasuk kos logistik bagi membawa pemain serta pegawai pasukan termasuk makan minum dan juga tempat penginapan bagi kontinjen Argentina.

Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni telah menyenaraikan 27 pemain termasuk bintang terkemuka, Lionel Messi dan Angel Di Maria bagi menghadapi Indonesia dan satu lagi pasukan, Australia.

Argentina Bangladesh
Kredit Foto: Argentina Perancis

Tujuh pemain yang disahkan terlepas untuk beraksi dalam perlawanan ini ialah pertahanan kental Manchester United iaitu Lisandro Martinez, Juan Foyth (Villarreal), Papu Gomez (Sevilla), Angel Correa (Atletico Madrid), Lautaro Martinez (Inter Milan) serta Paulo Dybala (AS Roma).

Tidak mahu ketinggalan, ketua jurulatih skuad Garuda iaitu Shin Tae-yong turut memanggil barisan terkuatnya bagi memastikan pasukan itu dapat memberi saingan kepada juara Piala Dunia itu.

Antara pemain yang dipanggil oleh Tae-yong ialah Jordi Amat (JDT), Saddil Ramdani (Sabah) dan Asnawi Mangkualam (Jeongnam Dragons).

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut memanggil lima pemain yang baru-baru ini memenangi pingat emas Sukan SEA 2023 di Kemboja seperti Marselino Ferdinan, Witan Sulaeman dan Ernando Ari.