Anugerah AFF 2019 membawa berita gembira untuk bola sepak tanah air apabila tiga pemain pasukan kebangsaan tersenarai dalam Best XI bagi saingan Piala AFF Suzuki yang berlangsung pada tahun lalu.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah pemain pertahanan, Syahmi Safari, pemain tengah, Syamer Kutty Abba dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha.

Lapan pemain lain yang turut terpilih termasuk Que Ngoc Hai, Dang Van Lam, Nguyen Quang Hai (Vietnam), Korrakot Wiriya-Udomsiri, Sanrawat Dechmitr (Thailand), Stephan Shrock (Filipina), Riko Simanjuntak (Indonesia), dan Safuwan Baharuddin (Singapura).

Pada masa yang sama, jaringan Syahmi ke gawang pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala dinobat sebagai jaringan terbaik kejohanan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mewakili pemain negara bagi menerima anugerah tersebut. Tiga pemain terbabit tidak dapat hadir kerana bakal terlibat dengan perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada esok.

Baca artikel lain mengenai pasukan di sini:

Malaysia Berpeluang Untuk Menambah 3 Mata FIFA Ranking Sekiranya Menang Keatas Pasukan Tajikistan

Tan Cheng Hoe: Aksi Bertemu Tajikistan Medan Uji Kombinasi, Peluang Untuk Pemain Malaysia Belajar.

Perlawanan Persahabatan: Tajikistan Hadapi Malaysia Tanpa Tiga Tonggak Utama