Tiga pemain naturalisasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Fabio Lima, Caio Canedo dan Sebastian Tagliabue dipanggil oleh pengendali baharu pasukan, Jorge Luis Pinto bagi menyertai sesi latihan sebagai persiapan menjelang perlawanan persahabatan pada September ini.

UAE merencanakan dua perlawanan pemanas badan menentang Jordan dan Tajikistan sebagai persiapan bagi menghadapi baki perlawanan saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia (8 Oktober), Thailand (12 November) dan Vietnam (17 November).

Pemain Naturalisasi
UAE’s Al-Wasl player Fabio Virginio De Lima (L) fights for the ball against Qatar’s al-Sadd player Jugurtha Hamroun during the AFC Champions League group stage football match between al-Wasl and al-Sadd at the Zabeel Stadium in Dubai on February 13, 2018. / AFP PHOTO / KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP via Getty Images)

Setelah tewas kepada Thailand dan Vietnam pada perlawanan terdahulu, UAE FA memutuskan untuk mengambil khidmat pemain naturalisasi bagi memperkuat barisan serangan sekaligus membantu penyerang sedia ada, Ali Mabkhout.

Fabio Lima merupakan pemain kelahiran Brazil berusia 27 tahun dan beliau sudah beraksi di liga UAE sejak 2014 dengan menyarung jersi Al Wasl. Setakat ini, Lima telah tampil dalam 135 perlawanan dan menjaringkan 2015 buat Al Wasl.

Pemain Naturalisasi
Caio Canedo. Sumber Gambar: Lance!

Caio Canedo merupakan seorang lagi pemain kelahiran Brazil dan beliau sudah beraksi di liga UAE sejak 2015. Setelah beraksi selama empat musim bersama Al Wasl dan menjaringkan 37, Canedo berhijrah dengan menyertai Al Ain pada 2019 lalu.

Pemain terakhir ialah Sebastian Tagliabue dan beliau merupakan salah satu penyerang terbaik dalam saingan Liga UAE. Berusia 35 tahun, pemain ini berjaya merekodkan jumlah keseluruhan 146 gol dalam saingan liga dan hanya dipisahkan dengan perbezaan 20 gol sahaja untuk memegang status penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Baca artikel lain mengenai skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini:

Jorge Luis Pinto Rasmi Dilantik Sebagai Pengendali Baharu UAE

UAE Dijadualkan Menentang Harimau Malaya Pada 8 Oktober

Luiz Felipe Scolari Tolak Tawaran Bimbing Skuad Kebangsaan UAE