Tiga pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 1 tidak tersenarai dalam skuad Thai League All Stars untuk menentang skuad kebangsaan Thailand pada 14 November ini.

Thai League All Stars akan dibimbing oleh bekas pengendali Bangkok United, Alexander Polking dan jurulatih itu memutuskan untuk tidak menyenaraikan Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Tan dan Mohamadou Sumareh.

OFFICIAL : เจอกันช้างศึก! มาโนแบโผ 22 แข้งไทยลีก ออล สตาร์ มาโน โพลกิ้ง เฮดโค้ชทีมไทยลีก ออล สตาร์…

Posted by ช้างศึก on Friday, November 6, 2020

Skuad All Stars terdiri daripada gabungan pemain import yang beraksi dalam saingan Thai League serta beberapa pemain tempatan yang tidak dipanggil oleh Akira Nishino.

Antara pemain yang disenaraikan ialah Michael Falkesgaard (Bangkok United), Martin Steuble (Port FC), Mitsuru Marouka (BG Pathum United) dan Dragan Boskovic (Chonburi FC).

Perlawanan menentang skuad All Stars ini diadakan bagi menggantikan perlawanan persahabatan yang sepatutnya diadakan pada FIFA Day.

Selain itu, tujuan perlawanan ialah bagi memastikan pemain Thailand dapat meningkatkan kualiti dan membina persefahaman yang kuat meskipun tidak menentang pasukan luar ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League 1 di sini:

Police Tero Kalah Lagi, Mohamadou Sumareh Beraksi Selama 12 Minit

Diogo Luis Santo Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke BG Pathum United Pada 17 November

Port FC Mahu Dapatkan Khidmat Kawin Thamsatchanan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group