Kelab Thai League 1, Buriram United mengambil keputusan dratik dimana mereka menamatkan kontrak dua pemain import iaitu Andres Tunez dan Jong Jae-Yong bagi mengharungi baki saingan liga domestik yang dijadualkan kembali bersambung pada September ini.

Selain itu, Buriram dikhabarkan juga akan mengambil langkah sama terhadap pemain import yang lain sebagai sebahagian daripada pelan untuk memberi wajah baharu terhadap pasukan.

Seperti sedia maklum, juara Thai League 1 musim 2018 ini memiliki barisan pemain import berkualiti dan di sini, kami senaraikan 3 pemain import Buriram yang boleh ditandatangani oleh pasukan Liga Malaysia.

1. Andres Tunez

Buriram United
Sumber Gambar: Buriram United

Andres Tunez boleh dikatakan lagenda bagi Buriram kerana pemain ini telah beraksi sejak 2014 dan telah 221 penampilan serta menjaringkan 54 gol.

Tunez juga pernah memenangi beberapa kejuaraan seperti Juara Thai League (4 kali), Toyota League Cup (2 kali), FA Cup (2 kali), Kor Royal Cup (2 kali), Thailand Champions Cup (1 kali), Mekong Cup (1 kali) dan Premier Cup (1 kali).

2. Kevin Ingreso

Buriram United
Kevin Ingreso (22).Sumber Gambar: Buriram United

Ingreso boleh mengisi kuota pemain import Asean jika beraksi di Liga Malaysia. Pemain tengah skuad kebangsaan Filipina ini mempunyai pengalaman luas mengenai bola sepak Asia Tenggara selain pernah beraksi dalam temasya Piala Asia 2019.

3. Hajime Hosogai

Buriram United
Hajime Hosogai. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Pemain yang pernah beraksi dalam saingan Bundesliga ini dipinjamkan ke Bangkok United pada awal musim 2020 lalu.

Setelah tempoh pinjaman beliau tamat, pasukan Liga Malaysia boleh merisik Hosogai dimana pengalaman yang dimiliki pemain berusia 33 tahun itu boleh membantu pasukan.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

Buriram United Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.

FIFA Luluskan 3 Jendela Perpindahan Thai League, Pemain Hanya Boleh Beraksi Dengan 2 Pasukan Semusim.

PT Prachuap Tamatkan Kontrak Pemain Pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan