Tiga pemain yang beraksi di luar negara iaitu Luqman Hakim, Junior Eldstal dan Liridon Krasniqi bakal memperkuatkan skuad kebangsaan pada baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini dikongsikan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dimana ketiga-tiga pemain berada dalam senarai untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Tiga Pemain
Sumber Gambar: FAM

“Kami sudah menyediakan senarai nama yang akan dipanggil tetapi senarai muktamad untuk kem latihan terakhir masih belum ditetapkan.

“Lebih kurang 38 nama pemain sudah disenaraikan (menerima vaksin) supaya mereka tidak berasa risau untuk bertandang ke Dubai.

“Segala urusan vaksin ini akan diuruskan oleh FAM dan saya berharap mereka (Liridon, Luqman Hakim dan Junior Eldstal) juga akan divaksin agar dalam keadaan bersedia untuk ke Dubai,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Tiga Pemain
Sumber Gambar: Chonburi

Pemain yang dipanggil akan menjalani kem latihan pusat yang akan bermula pada 16 Mei ini sehingga tamat kempen kelayakan.

Pasukan negara akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun dan kemudiannya turun menentang Vietnam lapan hari kemudian.

Malaysia menutup kempen kelayakan dengan berdepan Thailand pada 15 Jun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Sri Pahang Hadapi Cabaran JDT Tanpa Khidmat Herold Goulon

Nik Sharif Dijangka Akan Kembali Beraksi Pada Bulan Mei

Aidil Sharin Persoal Teguran Khalid Ali Mengenai Seluar Jeans