Tiga pemain muda daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) telah berlepas ke Perancis untuk menjalani latihan percubaan bersama kelab Kelab FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg bermula 2 Jun sehingga 19 Jun 2022.

Menurut kenyataan rasmi NDFP, ketiga-tiga mereka merupakan pemain terbaik AMD batch 2005 di mana kedua daripada mereka iaitu Haykal Danish dan Rohisham Haikal pernah bermain bersama Kelab Paris Saint-Germain (PSG)(B-13) dalam Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rome, Itali pada tahun 2018.

Seorang lagi pemain yang terlibat iaitu Muhammad Abu Khalil juga merupakan pemain utama Skuad Piala Presiden AMD yang kini berada pada tangga pertama pada kedudukan pasukan dalam saingan Piala Presiden 2022.

“Penghantaran pemain-pemain terbaik AMD bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab-kelab terkemuka luar negara ini merupakan inisiatif Sekretariat NFDP bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi meningkatkan kebolehpasaran pemain selepas tamat pengajian di AMD.

“Program ini telah tertangguh hampir 2 tahun akibat pendemik Covid 19 dan akan diteruskan untuk semua generasi di AMD,” tulis kenyataan rasmi.

Bersama kita mendoakan agar ketiga-tiga mereka akan terpilih untuk bersama kelab-kelab tersebut serta di permudahkan segala urusan disana.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Kim Pan-gon Beri Bayangan Kekalkan Corak Permainan Bertemu Hong Kong

Sukan SEA: Dua Jaringan Luqman Bantu Malaysia Tewaskan Laos

Brad Maloney: Pemain Begitu Bersemangat Untuk Beraksi