Sejak bulan Ogos lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengingatkan semua pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan untuk melengkapkan dokumen mengenai perlesenan kelab sebelum tarikh akhir iaitu 31 Ogos 2019.

Namun, sumber daripada Arena Metro mendedahkan empat pasukan Liga Malaysia iaitu tiga pasukan Liga Super serta sebuah pasukan Liga Perdana masih lagi gagal menghantar dokumen lengkap untuk memohon lesen kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menghadapi musim 2020.

Difahamkan, pasukan Liga Super tersebut bertaraf gergasi dan kemungkinan akan dikenakan hukuman. Bagaimanapun nama pasukan yang terlibat belum didedahkan setakat ini.

“Seperti sedia maklum, tempoh yang diberikan kepada pasukan sudah mencukupi dan mereka perlu menyelesaikan segala masalah membabitkan tunggakan gaji dan dokumentasi berkaitan kemudahan seperti stadium secepat mungkin.

“Sepatutnya, mereka melengkapkan borang sebelum 31 Ogos lalu, namun sekarang ini sudah berada di penghujung September dan masih lagi gagal melengkapkan semua dokumen. Ada antara mereka masih lagi berusaha melengkapkan borang penyertaan atau menunggu dokumen daripada pihak berkaitan untuk diserahkan kepada pengurusan liga,” katanya kepada Arena Metro.

Stuart Ramalingam

FOTO: FAM

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan turut mengesahkan perkembangan itu dan FAM dijangka akan mengumumkan nama pasukan terbabit dan bentuk hukuman yang dikenakan pada hari ini.

Beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen kelab membabitkan enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakitangan, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Jika gagal melengkapkan borang pendaftaran terbabit, pasukan berkenaan boleh dikenakan denda RM1.5 juta untuk pasukan Liga Super dan RM500,000 bagi Liga Perdana selain turut boleh dihukum pemotongan mata.

Tahukah anda, FAM pernah memberi peringatan kepada pasukan Liga Malaysia untuk melengkapkan dokumen perlesenan kelab lebih awal. Baca lebih lanjut.

FAM Gesa Pasukan Liga Malaysia Mohon Lesen Lebih Awal

1 KOMEN
  • Azwan

    I quit from supporting football. Malaysian Super league now be very boring.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group