Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang skuad B-23 tahun negara, R.Kogileswaran dikhabarkan menerima tawaran dari tiga pasukan yang akan bersaing di Liga Super pada musim 2021 nanti.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, tiga pasukan iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak mahu mendapatkan khidmat Kogi bagi memperkuatkan jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Nama Kogi mula menjadi perhatian setelah menjaringkan beberapa gol dalam saingan Liga Super musim 2019 ketika beraksi bersama pasukan Pahang. Graduan Frenz United itu kemudiannya berhijrah ke Petaling Jaya City FC bagi menghadapi saingan musim 2020.

Akan tetapi, R.Kogileswaran tidak dapat menunjukkan prestasi beliau setelah saingan Liga Super dikurangkan menjadi satu pusingan, selain Piala FA dan Piala Malaysia yang dibatalkan sekaligus menghadkan peluang Kogi untuk menampilkan taringnya.

Selain menerima tawaran dari tiga pasukan di atas, PJ City dilaporkan turut menawarkan kontrak lanjutan bagi pemain berusia 22 tahun itu.

Petaling Jaya City FC bakal dibimbing oleh ketua jurulatih baharu musim hadapan setelah K.Devan dikhabarkan bakal mengendalikan pasukan lain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Perak Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Pemain Import Terengganu FC

Pahang Dapatkan Khidmat Penyerang Argentina, Sergio Aguero

Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group