Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan terdapat 3 negara telah menyatakan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya.

Ia merupakan perlawanan pemanas badan sebelum menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di UAE pada bulan Jun nanti. 3 negara itu ialah Jordan, Bahrain dan Australia yang mempunyai kedudukan ranking FIFA lebih tinggi.

Perlawanan ini juga merupakan medan terbaik untuk anak buah Tan Cheng Hoe menguji kemampuan mereka berdepan lawan yang lebih kuat.

“Memang ada perancangan untuk melangsungkan aksi persahabatan sebelum kita hadapi perlawanan sebenar. Tiga negara itu berminat untuk bermain dengan kita tetapi kita akan bincang dengan lebih lanjut bersama jawatankuasa pasukan kebangsaan.

“Akan ada kekangan masa tetapi saya berharap kita dapat melangsungkan sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan,” kata Yusoff Mahadi dipetik dalam Berita Harian.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengadakan perbincangan dengan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menentukan dua pasukan yang akan menentang skuad kebangsaan.

Jika mahu menentang lawan yang lebih berkualiti, Australia dilihat sebagai pilihan terbaik kerana kebanyakan pemain mereka beraksi dengan beberapa kelab terkemuka di eropah termasuk Liga Perdana Inggeris.

Australia+v+Malaysia+International+Friendly+Ufx6t-WvPSRx
Malaysia pernah menentang skuad Socceroos pada tahun 2011. FOTO: Mark Nolan/Getty Images AsiaPac

FAM juga akan berbincang dengan pengelola liga, Malaysian Football League (MFL) meminda jadual perlawanan Liga Super pada bulan Mei.

Permintaan tersebut bertujuan untuk memastikan para pemain dapat membuat persiapan rapi dan berangkat lebih awal ke UAE untuk membiasakan diri dengan keadaan cuaca.

“Permintaan ini datang daripada pemain sendiri untuk mendapat lebih masa buat mereka menjalani latihan dan perlawanan persahabatan. Kita cuba untuk tunaikan permintaan itu dan adakan perbincangan dengan MFL.

“Saya berharap kita dapat berangkat lebih awal dan adakan dua perlawanan persahabatan sebelum aksi sebenar di UAE nanti,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah,

Casio Lancar Jam Tangan G-Shock Edisi Harimau Malaya

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara