Pasukan Kelantan bagaikan pisang gorang panas ketika ini dimana semakin ramai pihak yang mahu membeli pasukan itu.

Dikhabarkan, sekurang-kurangnya ada tiga calon yang berminat untuk membeli skuad The Red Warriors. Menurut laporan Harian Metro, salah satu calon ialah usahawan burger dan pemilik rangkaian hotel, Norizam Tukirman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

Dalam satu post di media sosial Facebook beliau, Norizam menegaskan sekiranya beliau mengambil alih pasukan Kelantan, perkara utama yang beliau mahu lakukan ialah memastikan gaji pemain tidak lagi tertunggak seperti sebelumnya.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menetapkan tanda harga RM3 juta buat mana-mana pihak yang mahu membeli Kelantan FC serta bayaran royalti RM1 juta setahun kepada badan itu.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman menyatakan beberapa pihak telah menghubungi persatuan bagi menyuarakan hasrat untuk membeli pasukan.

Kelantan
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

“Betul, memang ada tiga pihak menyatakan minat kepada kami. Selepas Wan Kamal, nampaknya ramai juga berminat nak membeli pasukan.

“Kami akan berunding dengan mereka dan syarat pembelian sama seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

Sebelumnya, bapa kepada Wan Kuzain dan Wan Kuzri, Wan Kamal menjadi orang pertama yang menyatakan minat untuk membeli Kelantan. Namun beliau dikhabarkan telah membatalkan niat tersebut.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

“Ini Musim Terakhir Saya Bersama Kelantan”

Bapa Wan Kuzain Luah Hasrat Mahu Beli Pasukan Kelantan, Ini Sebab Mengapa Beliau Berminat.

Kelantan Dipotong 3 Mata, Berdepan Risiko Tidak Diberikan Lesen Kelab Musim 2021