Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPP) kini berada di Bangkok, Thailand untuk kem latihan pra musim sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2023.

Artikel Berkaitan:

Malah, mereka dijadualkan bertemu 3 kelab dari Korea Selatan bermula hari ini dalam perlawanan persahabatan bagi menguji keserasian pemain dan kekuatan pasukan.

Memetik sumber daripada Tok Gajah.com, difahamkan pasukan yang menjadi lawan mereka ialah dua kelab daripada divisyen 1 K-League iaitu FC Seoul dan Daegu FC serta satu kelab daripada divisyen 2, FC Anyang.

Kebetulan kelab tersebut memilih Thailand sebagai destinasi pra musim dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh Sri Pahang untuk mengaturkan perlawanan persahabatan menentang lawan yang lebih kuat sambil menilai prestasi pemain.

FC Seoul menghuni kedudukan 9 dalam saingan K-League 1 musim lepas manakala Daegu FC beraksi dalam saingan AFC Champions League 2022 dan berjaya mara hingga ke pusingan 16.

Malah, dua pasukan tersebut turut diperkuatkan oleh pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan Korea Selatan di Piala Dunia Qatar 2022 iaitu Hong Chul (Daegu FC) dan Na Sang-ho (FC Seoul).

Musim ini, Sri Pahang memilih lagenda Singapura, Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan tempat Dollah Salleh yang dinaikkan pangkat selaku pengurus pasukan.

Tok Gajah turut membawa masuk beberapa pemain baharu yang berpengalaman seperti Fadhli Shas, Syazwan Andik, Azrif Nasrulhaq, Izham Tarmizi, serta pemain skuad Harimau Malaya, Shamie Iszuan.