Pemain muda Indonesia, Egy Maulana Vikri dijangka akan meneruskan karier bola sepaknya di eropah apabila bakal dilepaskan oleh kelabnya, Lechia Gdansk pada musim panas ini.

Difahamkan 3 buah kelab dari Slovakia dan Poland berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu dengan nilai perpindahan 300,000 euro menurut laporan daripada Jezioro Sportu.

Tiga kelab tersebut ialah Gornik Zabrze, Warta Poznan, dan Slovan Bratislava yang pernah diperkuatkan oleh bintang Slovakia, Marek Hamsik. Gornik Zabrze pula merupakan pasukan pertengahan dalam divisyen 1 Liga Poland manakala Warta Poznan beraksi dalam divisyen 2 Liga Poland.

Slovan dikenali sebagai kelab paling berjaya di Slovakia kerana memiliki kejuaraan liga dan Piala domestik yang banyak. Berdasarkan kedudukan liga, kelab itu berpeluang beraksi dalam saingan UEFA Champions League musim depan.

Jezioro Sportu juga mengesahkan mereka telah mendapat maklumat rasmi mengenai hasrat Slovan menandatangani Egy Maulana Vikri.

Menurut Transfermarkt, Egy masih mempunyai kontrak selama 1 tahun dengan Lechia Gdansk sehingga 30 Jun 2021. Sudah dua musim bersama Lechia, pemain yang berusia 19 tahun itu jarang berada dalam kesebelasan utama skuad itu.

Bagaimanapun, beliau sempat pulang mewakili Indonesia dalam saingan Sukan SEA manila pada tahun lepas dan membantu negaranya meraih pingat perak setelah tewas kepada Vietnam di perlawanan akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kelab J. League Berminat Dapatkan Khidmat “Right Back” Thailand, Nitipong Selanon

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Media Thailand Anggap BG Pathum United Punyai Barisan Serangan Terbaik Di Thai League 1

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group