Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan tiga kelab dari Liga Australia (A-League) iaitu Brisbane Roar, Sydney FC dan Melbourne City telah menarik diri daripada saingan AFC Champions League musim ini.

Mereka menerima surat rasmi daripada Federasi Bola Sepak Australia (FFA) untuk memaklumkan tiga kelab itu tidak dapat menyertai pertandingan tersebut bermula pada bulan ini.

Walaupun punca sebenar penarikan diri itu tidak didedahkan, difahamkan ia mempunyai kaitan dengan penularan wabak COVID-19 dan isu sekatan perjalanan.

AFC juga akan merujuk perkara itu pada jawatankuasa mereka untuk menentukan apakah keputusan terhadap penarikan diri tersebut dan bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas tiga kelab itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia. 

Supachok Sarachat: Saya Mahu Bawa Thailand Ke Piala Dunia

Kiatisuk Senamuang: Laluan Vietnam Lebih Cerah Berbanding Thailand

5 Kelemahan Taktikal Malaysia Dalam Aksi Berdepan UAE