Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tiga anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi tersenarai dalam pasukan kebangsaan itu bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada 5 Disember ini.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), mengeluarkan senarai nama yang akan membawa cabaran pasukan itu dalam saingan Piala AFF edisi kali ini dan nama-nama besar seperti Irfan Fandi, Hariss Harun, Safuwan Baharudin, M.Anumanthan dan Izwan Mahbud berada dalam senarai tersebut.

Selain membawa nama besar yang juga mempunyai pengalaman luas dalam saingan Piala AFF, ketua jurulatih, Tatsuma Yoshida turut membawa beberapa pemain muda serta pemain yang bakal beraksi buat kali pertama dalam kejohanan dwi tahunan itu antaranya Harfan Rohaizad, Nur Adam Abdullah, Iqram Rifqi, Tajeli Salamat, Saifullah Akbar, Hami Syahin, Song Uiyoung serta Amy Recha, Hafiz Nor, Ilhan Fandi dan Shawal Anuar.

Irfan dan Ikhsan sebelum ini beraksi dalam saingan edisi 2018 ketika skuad kebangsaan itu dibimbing oleh bapanya. Namun Singapura gagal untuk melangkah ke peringkat separuh akhir setelah hanya mampu menamatkan saingan peringkat kumpulan B di tangga ketiga sekaligus menyaksikan Thailand dan Filipina layak ke peringkat seterusnya.

Seperti yang diketahui ramai, Irfan dan Ikhsan terlebih dahulu mencipta nama dimana Irfan beraksi bersama kelab Thailand, BG Pathum United yang muncul juara saingan Thai League 1 musim lalu manakala Ikhsan beraksi bersama kelab Norway, FK Jerv.

Singapura

Sumber Gambar: The Asian Games

Bagi Ilhan pula, beliau merupakan pemain berusia 19 tahun yang beraksi di posisi penyerang serta mampu mengisi bahagian tengah dan ketika ini beraksi bersama skuad muda Singapura iaitu Young Lions dalam saingan Liga Singapura (S-League).

Bagi saingan edisi 2020, Singapura yang juga tuan rumah diundi dalam kumpulan A bersama Thailand, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.

Kumpulan B pula diisi oleh dua finalis edisi 2018 iaitu Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Baca artikel lain mengenai saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Piala Suzuki AFF 2020: Indonesia Beri Amaran Awal, Belasah Myanmar 4-1 Dalam Aksi Persahabatan

Piala Suzuki AFF 2020: Pemain Kelahiran Perancis, Billy Ketkeophomphone Dipanggil Perkuatkan Jentera Serangan Laos

Thailand Bawa Barisan Terkuat Ke Piala Suzuki AFF 2020, Teerasil Dangda Turut Tersenarai

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group