Datuk Azzuddin Ahmad yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menjelaskan kepada Stadium Astro bahawa Malaysia tidak perlu menuding jari dan memperbesarkan isu yang dilihat beliau akan memburukkan lagi keadaan.

Menurutnya lagi, itu bukan bermaksud beliau bersetuju dengan perkara itu, sebaliknya mahu pihak yang terlibat supaya menangani keadaan yang berlaku dengan lebih tenang.

“Pihak Indonesia bukanlah baru dalam arena bola sepak.

“Segala peraturan yang digariskan dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsan (FIFA), Persatuan Bolasepak Asia (AFC) dan AFF telah cuba dilaksanakan, termasuk kawalan keselamatan.

“Tidak wajar untuk kita membesar-besarkan isu ini,” ujarnya.

Tegas Azzudin, dengan menuding jari menyalahkan AFF dan AFC adalah sesuatu yang tidak wajar ketika mereka sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga terhadap rentetan isu yang berlaku semasa penganjuran Kejohanan Piala AFF B-19, juga di Surabaya, bulan lalu.

“Surat kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah dihantar pada 20 Julai lalu.

“AFF telah mengambil tindakan proaktif supaya insiden seumpama ini tidak berulang,” tambahnya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group