Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dua bintang muda skuad kebangsaan Indonesia, Egy Maulana Vikri dan Witan Sulaeman mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab Slovakia, FK Senica ekoran kegagalan kelab tersebut membayar gaji mereka.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football dimana selain Egy Dan Witan, ada sekurang-kurangnya lapan pemain dan ketua jurulatih pasukan yang enggan untuk terus berkhidmay bersama kelab ekoran tidak mendapat bayaran gaji.

FK Senica dikhabarkan berdepan dengan hutang sebanyak €1 Juta atau sekitar RM4.6 Juta sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat membayar gaji pemain dan juga staf kejurulatihan.

Ekoran tiada pemain utama dalam pasukan, Senica tewas dalam tiga perlawanan terakhir ketika berdepan Lipstovsky Mikulas, Spartak Trnava, dan Zemplin Michalovche.

Egy dan Witan mogok untuk beraksi pada perlawanan menentang Mikulas dan Michalovche. Ketika melawan Trnava, kedua-dua pemain memilih untuk turun beraksi.

Egy Maulana
Witan Sulaeman (8)

Ketua pasukan Senica, Juraj Prioska mendedahkan pihak pengurusan yang tidak mengambil berat mengenai masalah tunggakan gaji menyebabkan ada pemain yang menjalankan mogok dan enggan beraksi untuk pasukan.

“Pihak pengurusan tidak mengendahkan permintaan kami. Jadi kami memilih untuk mengundurkan diri. Kita lihat apa yang akan terjadi nanti. Mereka banyak berahsia dengan kami.

“Sudah tentu mereka tidak mahu pemain meninggalkan pasukan. Akan tetapi mereka mahu kami beraksi secara percuma. Itu bukanlah jalan penyelesaian terhadap masalah ini,” katanya.

Egy Maulana dan Witan Sulaeman hampir pasti akan berhijrah ke pasukan lain setelah melalui episod hitam bersama FK Senica. Namun masih belum pasti sama ada kedua-dua pemain akan kekal beraksi di Eropah atau kembali beraksi di rantau Asia seperti sebelum ini.

Saingan Liga Jepun dan Liga Korea dilihat sebagai pentas yang sesuai untuk kedua-dua pemain kerana mereka mempunyai kualiti yang mencukupi untuk mereka bersaing di dua liga tersebut setelah lama beraksi di Eropah.

Egy dan Witan berada dalam senarai pemain Indonesia yang akan beraksi dalam temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Ong Kim Swee: Tiada Pemain Lain Mampu Pecahkan Rekod Amri Yahyah

Penyokong Azul Claro Numazu Kibar Bendera Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Kepada Hadi Fayyadh

Khalid Jamlus Kritik Pemilik Perak, “Jangan Hina Pemain, Anda Dah Melampau!”