Menjelang perlawanan ke 2 bertemu UAE pada hari Selasa 10 September 2019 nanti, TicketHotline telah memperkenalkan beberapa ciri baharu yang telah ditambah baik dari penjualan tiket ketika perlawanan bertemu Jordan tempoh hari.

Kali ini pihak TicketHotline telah membenarkan pembeli tiket untuk memilih zon tempat duduk mereka dan hanya nombor tempat duduk yang masih lagi diberikan secara ‘random’. Ini membolehkan pembelian lebih dari 1 tiket terpisah lebih jauh seperti sebelum ini.

tiket malaysia uae

Selain itu, pihak mereka juga telah menetapkan bahawa zon tempat duduk di Level 3 bermula dari zon 306 hingga 311 adalah Zon Ultras. Ini memudahkan pihak Ultras untuk memilih zon tempat duduk mereka di stadium tanpa menggangu dan diganggu oleh penyokong lain.

Saksikan video ringkas 2 ciri baharu ini ketika pembelian tiket perlawanan dilakukan untuk memudahkan anda faham.

Peta zon tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil adalah seperti dibawah untuk panduan anda bagi membuat pilihan semasa melakukan pembelian tiket nanti.

tiket malaysia uae

Selepas pembayaran dibuat, tiket akan dihantar melalui email seperti kebiasaannya sebelum ini dan anda telah sedia untuk ke stadium!

Pembelian tiket perlawanan Malaysia bertemu pasukan UAE boleh dilakukan di laman TicketHotline.com.my.

Nota penting: Tidak perlu tebus tiket. Imbas E-Ticket anda di pintu masuk yang telah ditetapkan pada E-Ticket anda.

* Sekiranya anda tidak mendapat E-Ticket, sila hantarkan butiran berikut ke [email protected] untuk semakan lanjut.

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu UAE Sudah Mula Dijual Secara Online Hari Ini

Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan

Skuad Kebangsaan UAE Tiba Lebih Awal Di Kuala Lumpur

1 KOMEN
  • Yaya

    Salam..Maaf nak tanya..kalau beli 5 tiket sekali..tempat duduk dpt asing2 ke camne? Susah jugak kalau bawak family

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group