Zinedine Zidane menyatakan bahwa beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Real Madrid setelah kekalahan mengejutkan kepada Shakhtar Donetsk.

Keputusan itu hadir selepas kekalahan di tangan Alaves dalam liga domestik.

Dan kekalahan di tangah Donestk itu membuatkan Real Madrid kini berpotensi tersingkir ke Liga Europa.

Madrid turun ke tangga ketiga dalam Kumpulan B setelah kekalahan 2-0 kepada Shakhtar. Pasukan yang sama menewaskan mereka dalam pusingan pertama di kota Madrid.

Lebih teruk, Real madrid turut kehilangan Eden Hazard sekali lagi kerana kecederaan, hanya selepas beberapa minggu pemain itu cergas.

En8R0QXW4AMb86u

Real Madrid harus menang dalam perlawanan terakhir mereka.

Real Madrid bermula dengan agak tidak konsisten awal musim ini, sama ada dalam La Liga mahupun UCL.

Zidane tidak mahu meletakkan jawatannya, hanya kerana keputusan buruk itu.

“Saya tidak akan mengundurkan diri,” kata Zidane.

“Kami mengalami saat-saat sukar. Ini adalah keputusan yang burukl. Ini adalah kenyataan, tetapi kami mesti teruskan.”

“Kami tahu perlawanan menentang Shakhtar adalah ‘final’ dan kami menyiapkannya dengan sangat baik. Kami memiliki babak pertama yang hebat, tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol.

“Tinggal satu perlawanan lagi dan kami harus memenanginya.”

Masih ada peluang untuk pemenang 13 kali Madrid untuk mara peringkat kalah mati ketika pemain mereka berjalan di luar padang, tetapi mereka semakin mengecil.

Madrid akan berhadapan dengan Borussia Monchengladbach pada pusingan akhir permainan kumpulan.

“Saya mempunyai kekuatan dan saya akan memberikan yang terbaik seperti biasa, seperti pemain,” kata Zidane lagi.

Baca juga perkembangan lain

Woodward Beri Jaminan Kelab Akan Terus Sokong Ole, Buktinya United Paling Banyak Berbelanja Sejak 2019

Presiden Interim Barcelona Kata Messi Patut Dijual Pada Jendela Perpindahan Lalu

Kecewa Kurang Kreativiti, Arteta Mahukan Eriksen

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group