Bekas pengurus Aston Villa, Tim Sherwood mengatakan bahawa Manchester United sudah kehabisan dana perpindahan pemain. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat membeli Jadon Sancho pada musim panas ini.

United telah menjadikan Jadon Sancho sebagai sasaran utama dalam perpindahan masuk mereka pada musim panas ini. Namun, perkara tidak berjalan seperti yang dirancang setakat ini.

The Red Devils tidak dapat memenuhi harga permintaan Borussia Dortmund untuk Sancho. Pemain Britain itu bernilai €120 juta.

Beberapa laporan di media Britain terus mendakwa perpindahan Sancho ke Old Trafford masih boleh berlaku. Namun, media Jerman pula melaporkan sebaliknya.

Selain Sancho, United juga kehilangan Grealish yang baru-baru ini yang sah menandatangani kontrak baru dengan Aston Villa dan Gareth Bale yang selangkah lagi untuk bergabung dengan Tottenham.

Donny van de Beek adalah satu-satunya pembelian di Old Trafford setakat ini. Pemain tengah Belanda itu dibeli dengan bayaran €39 juta dari Ajax Amsterdam.

Tim Sherwood mengatakan bahawa The Red Devils gagal menandatangani Sancho atau sasaran perpindahan lain kerana kehabisan wang.

“Kontrak Jack Grealish adalah berita baik untuk Aston Villa, betapa hebatnya perjanjian baru itu dapat dimeterai,” kata Sherwood kepada talkSPORT.

“Saya rasa dia pasti akan pergi ke Manchester United, tetapi dengan jelas setelah kesepakatan Van de Beek mereka kehabisan wang untuk membawa masuk pemain lain.”

“Tidak ada Gareth Bale, tidak ada Jack Grealish, tidak ada lagi wang. Tidak akan ada Jadon Sancho, itu pasti.”

Tim-Sherwood-Football365

“Mereka kehabisan wang, jika tidak, saya rasa mereka akan membawa budak itu [Grealish] ke Manchester United.”

Man United masih dilihat cuba membawa masuk beberapa pemain lagi. Mereka merupakan kelab yang kaya raya. Namun mungkin pemilik sahaja yang mengetatkan dana perpindahan selepas Ole Gunnar Solskjaer membeli pemain seperti Harry Maguire, Bruno Fernandes dan juga Van De Beek.

Selain daripada 3 pemain yang disebutkan Sherwood, Man United juga dilaporkan terlepas untuk mendapatkan Sergio Reguilon.

Baca juga perkembangan lain

Berbatov Selar Tindakan Chelsea Bayar Angka Tak Masuk Akal Untuk Havertz

Mengejutkan! Benfica Gagal Ke UCL, Vertonghen ‘OG’, Pemain Buangan Mereka Cetak Gol Kemenangan

Spurs Pintas United Untuk Dapatkan Reguilon & Mahu Bawa Pulang Bale