Memetik artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian hari ini, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman menjelaskan bahawa pasukan Kelantan mengalami ‘kerugian’ sekitar RM100,000 bagi setiap perlawanan kerana saingan liga ditangguhkan.

Nilai tersebut adalah hasil dari kutipan tiket penonton yang hadir ke stadium, dan ketika ini kantung pasukan Kelantan terjejas, dan mereka membayangkan mungkin akan memotong gaji pemain disebabkan masalah itu.

Beliau turut memberitahu pihak KAFA akan mengadakan pertemuan dengan pemain untuk mengemukakan cadangan itu ekoran pendapatan yang terjejas ekoran tiada perlawanan dapat dilangsungkan.

89969311_3595300113873803_5839371358785503232_o

“Kita harap pemain dapat memberi kita sedikit ruang berhubung isu pembayaran gaji kerana ketiadaan perlawanan menyebabkan pendapatan kita berkurangan.

“Ketiadaan perlawanan juga menyebabkan kita susut kira-kira RM100,000 bagi setiap perlawanan dimana kutipan tiket memang diperlukan untuk menampung perbelanjaan pasukan.

“Jadi kita akan bertemu pemain dan cuba berbincang mengenai keperluan untuk memotong gaji. Ia bukanlah pemotongan tetap namun lebih bersifat sementara sehinggalah liga bersambung kembali nanti,” katanya.

WhatsApp-Image-2019-11-25-at-3.27.50-PM

Husin Deraman juga mendedahkan bahawa pasukan Kelantan memerlukan sekitar RM500,000 hingga RM650,000 sebulan untuk kos pengurusan dan operasi pasukan.

Sebelum ini Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam  menyuarakan pendapat bahawa langkah pemotongan sekurang-kurangnya 25% gaji pemain dilihat sebagai satu alternatif pasukan atau kelab untuk berdepan dengan masalah kewangan disebabkan liga yang ditangguhkan ketika ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

TERKINI: Tonton Video Paparan Keadaan Semasa Bumbung Stadium Shah Alam Yang Sangat Daif

Brendan Gan: “Bukan Mudah Sebagai Pemain Berada Di Rumah Sahaja Kerana Sudah Biasa Berlatih Setiap Hari”

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3